Keluaran dan sambutan Husin,_Mon_dan_Jin_Pakai_Toncit

Promosi

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi kejayaan komersial dari segi kewangan. Teaser promosi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Tayangan Unggul dan menerima jumlah tontonan sebanyak 445,208 tontonan.[7][8][9]

Kutipan

Filem ini telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.5 juta dalam masa empat hari tayangan.[10] Seminggu selepas tayangan, filem ini telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4 juta.[11] Sehingga hari terakhir tayangan, filem ini telah mengumpul kutipan pecah panggung sebanyai RM5.89 juta.

Ulasan kritis

Rata-rata ulasan untuk filem ini positif dan bercampur-campur. Mohd Al-Qayum Azizi dari mStar Online menulis "...Mamat (Khalid) berjaya memaparkan keharmonian kehidupan masyarakat di kampung itu yang terdiri daripada pelbagai watak dengan kewujudan beberapa watak baru memberikan nafas baru kepada latar filem ini."[3] Syazwan Zakariah dari Utusan Malaysia berkata: "Sudah pasti apabila filem ketiganya, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit hendak dibikin, Mamat meletakkan harapan dan jangkaan yang lebih tinggi. Apatah lagi penonton. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengikuti semula telatah masyarakat Kampung Pisang yang penuh semangat ingin tahu, gelabah dan cepat melatah."[12]

Rujukan

WikiPedia: Husin,_Mon_dan_Jin_Pakai_Toncit http://www.astroawani.com/berita-hiburan/husin-mon... http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2014/11/pe... http://www.imdb.com/title/tt2981728/ http://ohbulan.com/teaser-filem-husin-mon-dan-jin-... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://epaper.mmail.com.my/2017/11/23/hantu-kak-li... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/02/07/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li...